
RNB Prop Sdn Bhd
Perkhidmatan Kami
Sayyed Nawaz Property Coach menawarkan khidmat professional kepada anda yang memerlukan perkhidmatan berkaitan hartanah sama ada khidmat nasihat, jual beli hartanah, lelongan hartanah dan lain-lain.
Servis Kami

Pembelian dan penjualan hartanah.
Ingin menjual atau membeli hartanah dan tidak tahu untuk bermula dan tidak mahu mengambil risiko kerugian? Dapatkan khidmat konsultasi untuk memberi khidmat nasihat dalam membuat penjualan atau pembelian hartanah. Kami menawarkan khidmat nasihat yang sangat kritikal untuk mengelakkan kerugian berbanding anda terus mencari hartanah sendiri yang mungkin berisiko tanpa maklumat penting yang perlu diketahui. Daftar sebagai klien kami untuk mendapatkan Tips Hartanah dan ketahui bagaimana Sayyed Nawaz Property Coach boleh membantu anda dalam menjual dan juga membeli hartanah.

Khidmat nasihat berkaitan hartanah.
Tidak mempunyai masa untuk mendapatkan pinjaman bagi pembelian rumah anda? Mempunyai pelbagai persoalan dan masalah berkaitan hartanah seperti pengambilan balik tanah, hakmilik, dan sebagainya?

Pengurusan asset/hartanah.
Sayyed Nawaz Property Coach menawarkan pengurusan asset dan portfolio hartanah bergantung kepada keperluan klien. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan pengurusan asset iaitu ingin menguruskan portfolio hartanah anda yang mengandungi jumlah asset yang tinggi, sila hubungi kami untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu anda dalam memudahkan pengurusan asset/hartanah anda dan dalam masa yang sama meningkatkan keuntungan serta mengurangkan kos pengurusan anda.

Lelongan Hartanah (termasuk khidmat nasihat pembelian hartanah lelong).
Lelongan hartanah merupakan antara cara penjualan dan juga pembelian yang semakin popular di Malaysia pada hari ini. Sama ada anda sebagai pemilik atau pembeli yang berminat untuk membeli hartanah pada harga yang berbaloi, lelongan hartanah mungkin pilihan yang sesuai dan boleh anda pertimbangkan.
Walau bagaimanapun, untuk membeli hartanah melalui lelongan hartanah memerlukan pengetahuan supaya anda tidak mengalami kerugian disebabkan masalah serta risiko yang mungkin wujud. Antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah sekatan yang mungkin wujud (contohnya kaveat), pihak yang membayar bil tertunggak, butiran lanjut hartanah (didiami oleh pemilik, disewakan, dsb, keadaan hartanah, dll), masalah sindiket di lelongan hartanah, nilai pasaran semasa hartanah (penting supaya tidak membuat bidaan lebih tinggi dari nilai pasaran) dan banyak perkara lagi.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat Sayyed Nawaz Property Coach berkenaan pembelian hartanah lelong sila mendaftar sebagai klien kami.